Jom ikut saya!!

Wednesday, 14 September 2011

Tasik Biru Bau



 Tasik Biru terletak di pekan Bau, Pekan Bau terletak lebih kurang 45minit dari bandar Kuching. Tasik Biru adalah antara tarikan utama yang akan dilawati pengunjung atau pelawat yang berjalan-jalan dipekan Bau. Tasik Biru ini bukanlah tasik semula jadi tetapi adalah kesan perlombongan yang dijalankan sekitar 1898 hingga 1921. Syarikat yang mengendalikan aktiviti perlombongan ini ialah Mine Parit Tai . Kawasan yang perlombongan yang bertukar menjadi tasik telah menjadi tempat perkelahan oleh orang ramai. Tasik Biru ini mempunyai kedalaman kira-kira 91m (300ft) adalah disalirkan pada tahun 1990 apabila sebuah syarikat perlombongan mahu untuk mengeluarkan bijih emas dari tepi dan bawah tasik.









Tasik Biru juga sering dikatakan mempunyai kisah-kisah misteri. Cerita-cerita misteri boleh kita ketahui melalui pertanyaan dengan penduduk di pekan Bau. Antara cerita saya selalu saya dengari, dikatakan di Tasik Biru mempunyai sejenis binatang yang dipanggil Rabin. Dikatakan ia seperti seekor buaya putih yang boleh merbahayakan orang yang mandi tasik tersebut. Tetapi, saya tidak pasti, kerana banyak cerita lisan yang didengari ddari pelbagai pihak. Dikatakan juga,  bahawa satu kumpulan pelombong melihat kura-kura emas dibahagian bawah lombong. Apabila mereka cuba menangkap kura-kura tersebut, ia menguburkan diri dimuka bumi. Begitulah, serba-sedikit cerita-cerita yang dikedengari dari orang-orang kampung. Benar atau tidak, tidak ada kepastian.










Selain itu juga, Tasik Biru menjadi tarikan kerana dijadikan tempat untuk permainan lumba jong. Aktiviti ini dijalan oleh pihak-pihak yang berkenan untuk menjadi tarikan kepada pelancong. Ramai penyertaan dari pelbagai tempat untuk menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti  ini juga menggalakkan minat orang ramai untuk melibatkan diri mereka dalam permainan Jong ini.













4 comments:

  1. Mama kita org sarawak, pernah juga tanya kenapa namanya tasik biru sbb pemandangan tu cantik tp dkt seberang sana mcm scary tp terlalu attractive. Mama pun ada cerita, ada ikan besar kat tasik tu. Lepastu yg pasal kura kura emas tu, katanya kura kura tu menutup satu lubang mata air. Lepastu ada yg nampak dan nak ambil kura kura tu, then berlaku lah banjir dan terbentuknya tasik. Dan ada juga cerita tentang satu bas sekolah yg tenggelam kt situ sbb ada something yg menarik nya utk masuk kat situ. And my aunt pernah duduk kt batu tu main air atau mandi mandi cenggitu and something tarik dia masuk ke dalam air. Too much legenda. Rasa menarik gilaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, Tasik Biru sebenarnya Tasik Hijau. Dalam bahasa bidayuh jika x silap saya, adalah hijau. Sebab tu tasik diberi nama Tasik Biru. :)

      Delete
  2. Mama kita org sarawak, pernah juga tanya kenapa namanya tasik biru sbb pemandangan tu cantik tp dkt seberang sana mcm scary tp terlalu attractive. Mama pun ada cerita, ada ikan besar kat tasik tu. Lepastu yg pasal kura kura emas tu, katanya kura kura tu menutup satu lubang mata air. Lepastu ada yg nampak dan nak ambil kura kura tu, then berlaku lah banjir dan terbentuknya tasik. Dan ada juga cerita tentang satu bas sekolah yg tenggelam kt situ sbb ada something yg menarik nya utk masuk kat situ. And my aunt pernah duduk kt batu tu main air atau mandi mandi cenggitu and something tarik dia masuk ke dalam air. Too much legenda. Rasa menarik gilaaa.

    ReplyDelete