Jom ikut saya!!

Wednesday, 14 September 2011

Cukai 6% apa cerita??

Kerajaan tidak boleh halang telco kutip cukai 6 peratus
Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat-syarikat telekomunikasi daripada mengenakan cukai enam peratus bagi perkhidmatan telefon bimbit prabayar yang dikendalikan mereka.

NONEPresiden Institut Percukaian Bertauliah Malaysia SM Thaneermalai berkata cukai yang diperkenalkan pada tahun 1998 sebenarnya adalah cukai pengguna yang lazimnya ditolak oleh pembekal perkhidmatan kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih boleh menghalang pengguna daripada menanggung bebanan itu dengan menghapuskan cukai perkhidmatan itu secara keseluruhannya.

"(Menteri kewangan) boleh bawa perkara ini ke Kabinet dan gunakan kuasa menteri untuk memberi pengecualian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Cukai Perkhidmatan (1975)," katanya ketika dihubungi.

Namun, pilihan ini mungkin tidak akan disenangi oleh kerajaan kerana Malaysia telah mengalami defisit belanajawan yang semakin besar. Kerajaan dianggarkan mengutip kira-kira RM750 juta daripada cukai telefon bimbit prabayar.

Selain itu, Thaneermalai berkata, kerajaan boleh cuba menggunakan kuasa melalui agensi-agensi di bawahnya untuk memaksa syarikat-syarikat telekomunikasi supaya menyerap kos berkenaan.

barisan nasional rais yatim"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada unit-unit lain syarikat-syarikat telekomunikasi itu seperti perkhidmatan 2G dan 3G, jadi mereka akan berhati-hati agar tidak bertelagah dengan SKMM," katanya.

Isnin lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa syarikat-syarikat telekomunikasi telah bersetuju menangguhkan keputusan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna telefon bimbit prabayar.





Dipetik dari berita Malaysia Kini 15/09/2011

No comments:

Post a Comment