KEHIDUPAN...
Surah AlMu’min. Ayat 039.
![]()
Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.
|
Assalamualaikum semua.... Alhamdulilah dipertemukan kita lagi dalam blog saya ini, dalam coretan kali, entri nak membicarakan mengenai "KEHIDUPAN". Seorang ulama memberitahu(kata2 ini mungkin ada tambahan tetapi maksud yang sama), manusia dijadikan dengan satu jalan, xkirala dari bangsa mana, kaum mana, negara, lelaki, perempuan, tua, muda, kanak2, dan sebagainya semua dijadikan melalui jalan kelahiran. Dan semua yang dinyatakan tadi akan pergi dengan satu jalan, yakni kematian. Dan diantara keduanya tadi disebut "KEHIDUPAN".
Kehidupan didunia ini hanya kehidupan yang sementara, yang akan hancur, musnah dan kita akan beralih ke kehidupan yang lain yakni kehidupan akhirat. Kehidupan akhirat kehidupan yang kekal abadi. Firman Allah S.W.T didalam Al-Quran:
Surah Al'Ankabut : Ayat 64.
![]()
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Oleh itu, kehidupan didunia ini perlu diisi dengan takwa kepada Allah, kerana apa yang kita bawa apabila mati adalah iman dan takwa. Kedua-dua benda inilah yang akan menjadi penyelamat kita diakhirat kelak, dengan keadaan dalam kubur, dipadang mahsyar, penghisaban oleh Allah yang memakan masa yang begitu lama.
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang Allah S.W.T turunkan untuk mengingatkan manusia mengenai kehidupan dunia ini hanya sementara dan akhirat kekal abadi. Jadi, kita ambil pengajaran untuk kita mengisi kehidupan kita ini dengan dengan sebaiknya dan hendaklah kita berusaha dan sentiasa berdoa agar kehidupan kita ini digunakan untuk kita mendapat keselesaan di akhirat kelak.
Sabda Nabi Saw :
|
No comments:
Post a Comment