
Allah berfirman dalam Al-Quran:
" Maha berkuasa Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat, dan Maha kuasa atas setiap sesuatu, Dia yang mentakdirkan mati dan hidup bagi mengujindan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Mulk, Ayat 1-2)
Dalam ayat yang lain Allah menyatakan:
" Dia yang menciptakan apa sahaja yang ada di muka bumi buat sekalian semuanya."
(Surah Al-Baqarah, ayat 29)
Tiada yang lebih kaya daripada Allah, Dia yang menciptakan 7 petala bumi dan 7 petala langit. Allah berkuasa ke atas tiap2 makhluk-Nya. Kekayaan yang diberikan Allah kepada manusia tidak sedikit pun mengurangi khazanah Allah. Kekayaan milik Allah umpama lautan yang terbentang luas dan lebih dari itu, berbanding seluruh harta yang dimiliki manusia umpama setitis air daripada lautan. Semua kehendak manusia didalam khazanah Allah.
(petikan daripada buku rahsia jutawan islam karangan Aizuddinur Zakaria dan sedikit tambahan)
No comments:
Post a Comment