Jom ikut saya!!

Monday, 16 January 2012


PETALING JAYA – Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, ‘adizero F50′ yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai ‘miCoach Speed Cell’, yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.
Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan ‘kasut dilengkapi minda’ peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.
Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.
Harian metro 17/01/2012

No comments:

Post a Comment