GEORGETOWN: Ketua kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 08 yang sangat dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan pemerasan, mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis dalam kebun durian di Paya Terubong, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.40 pagi, suspek dikenali sebagai Ah Jin, 52, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Siasatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata sebelum itu anggota polis mengesan suspek memandu kereta di Jalan Kampung Melayu selepas menerima maklumat awam.Berikutan itu, polis mengekori kereta suspek sehingga lampu isyarat Flet Green Garden. Bagaimanapun, suspek bertindak memecut keretanya menuju Paya Terubong apabila menyedari dia diekori.
Apabila tiba di sebuah pondok menjual durian, suspek melanggar kenderaan polis dan cuba melarikan diri ke dalam kebun durian selepas memberhentikan keretanya.
“Ketika lari dia melepaskan tembakan ke arah polis. Anggota polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan mengenai suspek. Dia mati di tempat kejadian,” katanya.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau dan aktif melakukan pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. Polis turut menemui sepucuk pistol .38 bersama suspek.

No comments:
Post a Comment