Jom ikut saya!!
Monday, 19 September 2011
Hakikat Doa
Doa merupakan tanda pergantungan , pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah swt. Firman-Nya dalam surah Ghafir ayat ke-60:
Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 187 :
Maksudnya : Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriamn kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
Firman-Nya menerusi surah al-A'raf ayat ke 180:
Maksudnya : Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya : "Doa itu adalah ibadah, Allah swt berfirman: 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan untuk kalian.' "
(Riwayat Abu Daud no.1479,al-Tirmizi no.3247,Sahih al-Jami' a;-Saghir no.3407)
Menurut Nabi saw, Allah swt berasa malu jika menolak permintaan hamba-Nya yang memohon kepada-Nya, sebagaimana sabda Nabi saw.:
Maksudnya : "Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu."
(Riwayat Abu Daud no.1488 dan al-Tirmizi no.3556. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, Sahih al-Tarmizi no.179)
Berkata penyair menggambarkan perkara ini :
Maksudnya : "Allah swt murka jika engkau meninggalkan memohon kepada-Nya. Sebaliknya manusia, apabila kau minta kepadanya dia menjadi murka.
(Dipetik dari Kitab al-Du'a karangan Husain al-' Awa'isyah, halaman 6)
Daripada ayat-ayat dan hadis-hadis yang disenaraikan di atas, dapatlah kita membuat satu kesimpulan penting bahawa doa merupakan ibadah. Menerusinya, seseorang hamba mampu menggamit rahmat Allah agar dikurniakan kepadanya.
(Dipetik dari Buku 101 doa daripada hadis-hadis sahih, karangan Ustaz Zahazan Mohamed.halaman 1-3)
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment