PARIS: Arsenal dan Marseille melupakan sejenak prestasi buruk mereka dalam liga apabila mencatat kemenangan di gelanggang sendiri dalam saingan kumpulan Liga Juara-juara Eropah, pagi tadi.
Arsenal menundukkan kelab Greece, Olympiakos 2-1 manakala Marseille yang baru menang satu perlawanan liga, mempamerkan persembahan terpuji dengan kemenangan 3-0 ke atas juara Jerman, Borussia Dortmund.
Marseille kini berada di tangga teratas kumpulan F dengan enam mata hasil daripada dua perlawanan manakala Arsenal kedua dengan empat mata.
Sementara itu, juara bertahan, Barcelona mencatat kemenangan mudah 5-0 ke atas BATE Borisov manakala AC Milan yang pernah seri 2-2 dengan Barca pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan, mencapai kemenangan ke atas pencabar dari Czech Viktoria Plzen 2-0 di San Siro.
Chelsea pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ketika bertandang ke Valencia hasil gol pemain tengah veteran, Frank Lampard iaitu gol ke-20 dalam kejohanan berkenaan. - AFP

No comments:
Post a Comment