Rasulullah telah menjadi contoh tauladan untuk manusia hingga hari kiamat. Peribadi mulia baginda saw yang istimewa telah menyebabkan manusia yang benci kepada beliau kepada kasih kepada baginda. Akhlak yang diajarkan oleh baginda memberikan kesan kepada orang lain dan asbab hidayah untuk orang lain. Banyak kisah-kisah yang kita dengar dari hadis-hadis baginda yang menunjukkan bahawa penting kita menjadi akhlak dan memupuk sifat-sifat yang baik dalam diri kita. Akhir zaman ini, akhlak seorang muslim telah jauh menyimpang dari apa yang ditunjukkan dan diajarkan oleh baginda saw. Dari budak kecil hinggalah peringkat dewasa malah yang tua pun masih tidak mahu memperbaiki akhlak yang buruk kepada akhlak yang baik.
Asbab akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan sahabat-sahabat ranhum terdahulu orang yang bukan Islam terkesan dan memeluk Islam. Berbeza dengan hari ini, akhlak yang buruk telah lahir dari kalangan masyarakat yang muslim sendiri. Kesalahan bukanlah pada agama Islam, tetapi datang akhlak yang buruk dari inidividu itu sendiri dan memberikan kesan buruk pada agama Islam. Bahkan, agama Islam itu sendiri yang mengajarkan adab dan akhlak yang baik. Kelemahan yang menyebabkan perkara ini kerana kelemahan akidah dan iman yang lemah. Jadi, usaha yang dibuat perlulah pada permulaan dan memberikan kesan pada peringkat seterusnya. Hari ini, manusia telah jauh tinggalkan perintah Allah dan melanggarkan larangan-larangan-Nya kerana tiada perasaan takut akan kepada Allah. Apabila diusahakan akidah yang mantap, maka hukum-hukum dan syariat dapat dilaksanakan dan lahirlah akhlak yang baik.
No comments:
Post a Comment