Jom ikut saya!!

Monday, 15 October 2012

Nasihat2 Imam Malik

Assalamualaikum pemula bicara, syukur dan salam kepada Allah Taala kerana dengan izin dapat lagi entri menulis dilaman blog ini untuk mengisi masa lapang disamping 'busy' dengan study katakan.. Alhamdulilah dikesempatan ini, marilah sama2 kita meningkatkan rasa kesyukuran kita dan meningkat amalan kita untuk sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.. Subnallah Alhamdulilah Allahuakbar Lailahaillah..

Pada post yang lepas, entri mengutarakan mengenai kehidupan. Kehidupan yang kita lalui ini sememang adalah sementara dan jadikanlah ia jambatan kita untuk menuju akhirat. Melalui usaha kebaikan dan amal yang dibuat semasa dalam kehidupan dunia kita akan bawa untuk dihadapkan dihadapan Allah swt kelak. Oleh itu, sebagai satu perkongsian, entri akan berkongsi kata2 nasihat daripada Imam Malik. Antaranya:


1) Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu.

2) Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk.

3) Apabila seseorang itu zahid ( Tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.

4) Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara 2 perkara, maka ambillah yang lebih menyakinkan.

5) Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlukan bentangkan dahulu dirinya ke syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.

6) Perumpaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.

7) Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya diakhirat kelak seperti ditanya para nabi.

8) Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.

Inilah antara kata2 imam Malik, moga dapat kita manfaati nasihat2 beliau dan menjadi kita lebih bersemangat amal agama dalam diri kita.


Rujukan : Buku " Imam-Imam yang benar, Karangan Abdul Latip Talib ms 332-333.

Sunday, 7 October 2012

            KEHIDUPAN...


Surah AlMu’min. Ayat 039.
Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.


Assalamualaikum semua.... Alhamdulilah dipertemukan kita lagi dalam blog saya ini, dalam coretan kali, entri nak membicarakan mengenai "KEHIDUPAN". Seorang ulama memberitahu(kata2 ini mungkin ada tambahan tetapi maksud yang sama), manusia dijadikan dengan satu jalan, xkirala dari bangsa mana, kaum mana, negara, lelaki, perempuan, tua, muda, kanak2, dan sebagainya semua dijadikan melalui jalan kelahiran. Dan semua yang dinyatakan tadi akan pergi dengan satu jalan, yakni kematian. Dan diantara keduanya tadi disebut "KEHIDUPAN".

Kehidupan didunia ini hanya kehidupan yang sementara, yang akan hancur, musnah dan kita akan beralih ke kehidupan yang lain yakni kehidupan akhirat. Kehidupan akhirat kehidupan yang kekal abadi. Firman Allah S.W.T didalam Al-Quran:


Surah Al'Ankabut : Ayat 64.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

Oleh itu, kehidupan didunia ini perlu diisi dengan takwa kepada Allah, kerana apa yang kita bawa apabila mati adalah iman dan takwa. Kedua-dua benda inilah yang akan menjadi penyelamat kita diakhirat kelak, dengan keadaan dalam kubur, dipadang mahsyar, penghisaban oleh Allah yang memakan masa yang begitu lama.


Surah Muhammad. Ayat 36.
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran  yang Allah S.W.T turunkan untuk mengingatkan manusia mengenai kehidupan dunia ini hanya sementara dan akhirat kekal abadi. Jadi, kita ambil pengajaran untuk kita mengisi kehidupan kita ini dengan dengan sebaiknya dan hendaklah kita berusaha dan sentiasa berdoa agar kehidupan kita ini digunakan untuk kita mendapat keselesaan di akhirat kelak.

Sabda Nabi Saw :

       
Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya dunia ini manis & hijau. Dan sesungguhnya Allah ta’ala menyerahkannya kepada kalian untuk diurusi kemudian Allah ingin melihat bagaimana sikap kalian terhadapnya. Maka berhati-hatilah dari fitnah dunia & wanita” [HR Muslim]

Saturday, 6 October 2012

Kehebatan ciptaan Allah S.W.T.



                                     
RAHSIA KEJADIAN MAKHLUK CIPTAAN ALLAH S.W.T
Tafakur terhadap segala ciptaan Allah adalah media untuk menanamkan keyakinan yang teguh dalam hati para hamba-Nya yang selalu berwaspada. Kita dapat mengetahui realiti ini dengan cara memerhatikan makhluk-makhluk ciptaan-nya dan mencarii bukti-bukti kejadiannya. Dengan memerhatikan fakta itu mereka berkeyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiada Tuhan selain Dia, kemudian meng-Esakan-Nya.


Kita menyaksikan keagungan-Nya yang suci dari segala sifat kekurangan. Dialah yang menegakkan keadilan dalam apa jua situasi. Jalan untuk memperolehi makrifat kepada Allah S.W.T dan mengagungkan-Nya dengan merenungkan makhluk-makhluknya, merenungkan keajaiban-keajaiban segala ciptaan-Nya, memahami hikmah-hikmah aneka ragam ciptaan, dan perkara itu semua media untuk menanamkan keyakinan yang teguh. (Petikan dari Buku Rahsia kejadian Makhluk ciptaan ALLAH S.W.T.)


Sunday, 29 July 2012

myMetro | Jadual aksi atlet Malaysia 30 Julai

myMetro | Jadual aksi atlet Malaysia 30 Julai

myMetro | Suami pengasuh buat dajal

myMetro | Suami pengasuh buat dajal

myMetro | Malam berdarah 5 rakan

myMetro | Malam berdarah 5 rakan
HANCUR...keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas 
dengan treler muatan bijih besi, kelmarin.
HANCUR...keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas dengan treler muatan bijih besi, kelmarin.
KUANTAN: Hari kelapan umat Islam berpuasa menjadi Ramadan terakhir bagi empat sahabat apabila terbunuh selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh sebuah treler sarat muatan bijih besi sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda yang berada di belakang, di Kilometer 18, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Bandar Damansara, malam kelmarin.
Mangsa terbunuh di tempat kejadian adalah pemandu kereta, Mohd Shahhidan Shaari, 26; Mohd Shahafiz Othman, 22 dan Muhd Taufik Abd Rahman, 20, masing-masing dari Kampung Gong Pasir dan Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu.
Seorang lagi penumpang, Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19, dari Kampung Sura Hujung meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan (HTAA), di sini, pada jam 6 pagi semalam, manakala seorang lagi rakan mereka, Wan Samsiah Wan Abdul Ghani, 16, dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Dungun sebelum singgah sebentar di bandar ini selepas pulang dari Kuala Lumpur.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, bagaimanapun pemandu kereta Honda, Mohd Najib Mohamad Don, 31, bersama isteri, Nur Anisa Ali, 29, dan seorang anak perempuan mereka berusia lapan bulan, Anis Umaira yang dalam perjalanan dari Rompin ke Kampung Kubang Tangga, Terengganu tidak cedera.


metro 30/07/2012

Saturday, 21 April 2012

Bahaya wooo....Air bergas....Baca ini....

Berita Harian Online | Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut


Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut


2012/04/21

Natasha Harris
Natasha Harris
Wanita diserang sakit jantung ambil lapan liter minuman ringan setiap hari

WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.
Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.
Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat. 

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat. 

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.

Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari. 
“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.

Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga. 

Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya. 

Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.

Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand. 

Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.

Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.

Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat. 

“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. - AP.